“Lokman, letak al-Quran tu dulu, duduk depan ustaz !”, kata
Ustaz Taufik. Lokman akur dengan perintah Ustaz Taufik sebentar tadi.
Pada malam itu, niat Lokman hanya satu iaitu ingin belajar
membaca al Quran, itu sahaja. Untuk itu, dia telah menyediakan pelbagai kelengkapan antaranya menggosok jubah, memakai wangi-wangian dan memakai sehelai serban berwarna putih. Akan tetapi, apabila sampai sahaja di rumah Ustaz Taufik,
Lokman disuruh untuk meletakkan pula lembaran AlQurannya di rak AlQuran
berhampiran dengannya. Seusai melaksanakan perintah ustaz, dia terus menuju ke
arah Ustaz Taufik dan melagakan kepala lututnya dengan lutut beliau.
“Lokman nak belajar ngaji ke tak nak? Kalau tak nak ambil al
Quran tu pergi balik rumah, jangan belajar dengan ustaz lagi, pergi!”ujar Ustaz
Taufik dengan nada yang agak tinggi. Dia terdiam sambil menundukkan kepalanya
ke bumi. Ustaz bertanya lagi, “Lokman ke mana semalam?”. Lokman menjawab soalan
tersebut dengan suara yang terketar-ketar katanya, “semalam ayah saya ajak
keluar makan malam dekat restoran, sebab itulah saya tak datang kelas mengaji
“. Kemudian ustaz membalas, “ustaz tak suka pelajar-pelajar ustaz macam biskut
kering, sekejap ada sekejap tak ada. Kalau perkara ini berulang lagi ustaz
denda kalian, faham semua!”.
Begitulah cara didikan Ustaz Taufik yang terkenal akan sifat
tegas dan garang apabila mengajar al Quran Kalamullah. Tidak lain hanya satu,
beliau mahu yang terbaik untuk setiap anak-anak muridnya terutamanya ketika
membaca ayat-ayat suci Allah S.W.T.
Setelah selesai membaca Al Quran kesemuanya, salah
seorang daripada murid-muridnya mengajukan satu soalan kepada Ustaz Taufik
katanya, “ustaz, dalam Al Quran ni ada berapa juzuk, surah dan ayat? Saya konfius la ustaz”. Ustaz tersenyum sambil memuji soalan yang diajukan oleh
anak muridnya itu. Lantas beliau menjawab, “dalam Al Quran ada 30 juzuk, 114
surah dan 6220 ayat kesemuanya”. Ustaz Taufik berkata lagi, “anak-anak nak tahu
tak, gunung-ganang semua takut nak pikul Al Quran. Kalau Al Quran diturunkan
kepada gunung-ganang pasti gunung-ganang itu hancur berkecai kerana takutkan
Allah S.W.T”. Anak-anak muridnya terpegun mendengar cerita ustaz mereka.
“Lagi?”, ujar murid-muridnya serentak. Ustaz Taufik
berkata, “tak mengapa ke ni? Dah pukul 10 malam ni?”. Mereka saling
berpandangan antara satu sama lain dengan keadaan mulut mereka terkumat-kamit
seperti sedang mengatakan sesuatu. Kemudian Lokman memulakan bicara, “no
problem ustaz, balik rumah nanti kami beritahu mak ayah kami”. Ustaz Taufik
menghembus nafas lega.
Ustaz Taufik bertanya lagi, “siapa tahu, apakah wahyu
pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W? Ustaz ada hadiah untuk
sesiapa yang ada jawapan untuk soalan ustaz tadi”. “Saya ustaz! Jawapannya
ialah surah Al A’laq”, jawab Lokman dengan
penuh yakin. Lokman tampak yakin dengan jawapannya sebentar tadi.
“Betul ! So hadiahnya ialah……..senyuman manis
ustaz”, kata Ustaz Taufik sambil melemparkan senyuman yang paling manis kepada
Lokman yang telah berjaya menjawab soalannya sebentar tadi. Murid-muridnya
ketawa terbahak-bahak melihat telatah ustaz mereka yang ternyata amat melucukan
mereka. Ustaz Taufik bertanya lagi, “adakah maksud Iqra’ dalam wahyu pertama
semata-mata membaca?”. Murid-muridnya terdiam dan tergamam apabila ustaz
mengajukan soalan diluar kotak pemikiran mereka sebentar tadi.
Melihat keadaan anak-anak muridnya itu, Ustaz Taufik
terus mencelah. “Memang wahyu pertama adalah إقرأ باسم ربك bahkan
kata iqra’ berulang sebanyak dua kali. Akan tetapi, kata ini bukan sekadar perintah
membaca dalam pengertiannya yang sempit, sebaliknya makna yang lebih mendalam
yang terkandung dalam arahan ini adalah ; telitilah, dalamilah, kerana dengan
penelitian barulah datang penghayatan yang akan menyebabkan seseorang manusia
itu mampu meraih sebanyak mungkin kebahagiaan. Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : “Kitab yang telah Kami turunkan kepadamu penuh berkat agar mereka
memikirkan ayat-ayatnya dan agar ulul albab (orang yang berakal sempurna)
mengingat atau mengambil pelajaran daripadanya.”(Surah Sad 38:29), macam itulah
ceritanya”.
Murid-muridnya terpegun mendengar syarahan Ustaz Taufik sebentar tadi. Sebelum melepaskan murid-muridnya pulang ke rumah, Ustaz Taufik sekali lagi menasihati mereka supaya sentiasa menjadikan AlQuran sebagai pedoman hidup dan menjaga adab-adab ketika membaca AlQuran, kitab suci umat Islam itu.
Mereka akhiri pengajian mereka dengan pembacaan doa khatam AlQuran secara beramai-ramai. Aminnn..."Sampaikan salam ustaz kepada ibubapa kalian ya, assalamualaikum", ujar Ustaz Taufik. Jawab murid-muridnya, "insyaAllah ustaz". Mereka beransur pulang ke rumah masing-masing sambil melambaikan tangan kepada ustaz kesayangan mereka itu.
Ustaz Taufik menadahkan tangan lantas berdoa, "ya Allah, Engkau rahmatilah anak-anak muridku. Engkau lindungilah mereka dari bala bencana dan malapetaka, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku terhadap makhluk-makhlukMu, amin......".
0 comments:
Post a Comment