Para masyaikh ku dulu pernah berkata,”pekerjaan yang nampak
mudah tapi sebaliknya Masha Allah..payah sungguh ialah guru…jadi jangan jadi guru, ingat itu”(sambil
tersenyum). Kenapa syeikh ?
Sebabnya
gurulah doktor , gurulah ibu, gurulah bapa, gurulah tukang cuci, gurulah segala-galanya.
Aku mengiakan sahaja.
Tidak ku ambil kata2 itu kerana menjangkakan ia hanyalah
guruan semata-mata. Setelah tamat pengajian aku diminta untuk berkhidmat
sebagai guru di sebuah sekolah agama. Seronok betul waktu itu. Langsung tak
terlintas akan ‘guruan’ masyaikh ku dulu.
Aku seronok kerana dapat berkhidmat untuk masyarakat, agama
dan juga anak bangsaku. Ilmu juga dapat dikongsikan bersama anak-anak didik
yang amat aku sayangi.
Namun, aku terkenang kembali kata-kata para masyaikh
satu ketika dahulu setelah 3 bulan berkhidmat sebagai guru. Betapa sukar dan
payahnya memikul amanah sebagai seorang guru.
Kini aku alami saat itu. Bukan
mengeluh ataupun merungut, tapi aku terkenang akan semua guru-guru, ustaz-ustaz,
ustazah-ustazah dan para masyaikh yang telah bersusah-payah menaburkan begitu banyak ilmu
kepadaku supaya aku menjadi seseorang yang berguna kelak.
Ilmu dah ada, tinggal nak amal sahaja. Terpulang kepada diri
kita sendiri. Ucapan terima kasih ku hulurkan kepada semua pendidik yang telah
mencurahkan ilmu yang begitu banyak kepada ku.
InsyaAllah akan ku semat dalam hati
sanubari ini. Walaupun dikau akan melupakanku, tidak akan aku melupakanmu wahai
guru. Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment