Assalamualaikum ..
Apa khabar semua ? Bertemu lagi kita di blog ini.
Mudah-mudahan anda semua di bawah limpah rahmatNya dan dimurahkan rezeki oleh
yang Maha Pemberi Rezeki.
Pada coretan kali ini, saya ingin menceritakan serba sedikit
tentang program yang telah kami kelolakan beberapa minggu yang lepas.
Alhamdulillah program itu diadakan di Pusat Pendidikan Al-Irshad Labu, Negeri
Sembilan. Penyertaan para peserta amat menggalakkan dan dianggarkan kesemuanya hampir
70 orang kurang lebih. Bermula daripada umur 7 tahun sehinggalah berumur 17
tahun.
Oh, terlupa pula saya ! Nama program ini PONDOK MODEN GEN 7.
Sesampai sahaja kami di sana, kami dikejutkan dengan kejutan budaya yang amat
hebat. Haha ,, ‘just joking’. Tak pernah kami kelolakan program yang hebat
seperti itu. Program yang biasa kami anjurkan paling lama pun 1 minggu.
Akan tetapi program ini diadakan selama 3 minggu bersamaan
22 hari. Bermula jam 5.00 pagi hingga 10.30 malam. Pada mulanya kami agak
terkejut dengan keadaan itu ditambah lagi dengan penyediaan modul yang kurang
sesuai dengan tahap pemikiran para peserta di situ. Kami dengan kekuatan
fasilitator seramai 10 orang kesemuanya dibantu dengan urusetia yang setia
bersama kami, alhamdulillah BERJAYA juga akhirnya kami menggubal modul
tersebut.
Pengurus Pusat Pendidikan Al-Irshad, Tuan Haji Shaifudin Bin
Haji Maulup telah memberikan kepercayaan penuh kepada kami untuk mengelolakan
program tersebut dan beliau berharap agar program Pondok Moden ini mampu
mendisiplinkan para peserta baik dari aspek sahsiahnya, ibadahnya, jasmaninya
mahupun rohaninya.
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Itulah antara
pepatah-pepatah Melayu yang kami pegang dalam mendidik anak-anak ini. Walaupun
pada asalnya mereka menunjukkan sikap tidak minat terhadap program akan tetapi
lama-kelamaan perasaan mereka itu berubah dan komitmen yang mereka telah
berikan sepanjang program itu berlangsung amat memuaskan.
Seminggu terakhir program Alhamdulillah para peserta
menunjukkan perubahan yang amat ketara. Alhamdulillah…
Beginilah antara wajah-wajah ceria para peserta ...
0 comments:
Post a Comment