Assalamualaikum … pada episod lalu, kita dah dengar serba
sikit kisah nabi junjungan yang mulia Muhammad S.A.W. InsyaAllah hari ini,
sambungan pada kisah yang lalu.
3) Setelah Aminah melahirkan bayi di dalam kandungannya,
Aminah terus membawa bayi tersebut berjumpa bapa mertuanya, Abdul Mutholib
untuk diletakkan nama pada bayi tersebut. Beliau pun menamakan bayi tersebut
Muhammad bin Abdullah yang bermaksud terpuji. Pada waktu tu, tak ada satu bangsa
arab pun yang meletakkan nama Muhammad. Masha Allah. Sedangkan nama nabi
Muhammad sudah hebat dan luar biasa, apatah lagi watak keperibadiannya. Jom
kita tengok lagi kisah selanjutnya.
(Sebarang komen sila komen di shoutbox kami)
Abu Jahal yang mengetahui hal tersebut terus berjumpa Aminah dan mengambil Muhammad pergi ke Kaabah lalu mengelilingi Kaabah tersebut sambil membawa Muhammad. Disebabkan terlampau seronok akan kelahiran Muhammad, Abu Jahal membebaskan hamba sahayanya, Suwaibatul Aslamiah. Begitulah pengorbanan Abu Jahal kerana begitu gembira akan kelahiran Muhammad.
Abu Jahal yang mengetahui hal tersebut terus berjumpa Aminah dan mengambil Muhammad pergi ke Kaabah lalu mengelilingi Kaabah tersebut sambil membawa Muhammad. Disebabkan terlampau seronok akan kelahiran Muhammad, Abu Jahal membebaskan hamba sahayanya, Suwaibatul Aslamiah. Begitulah pengorbanan Abu Jahal kerana begitu gembira akan kelahiran Muhammad.
Tidak cukup dengan itu, dia pergi ke sebuah pasar di Makkah
dan berteriak kepada orang ramai yang ada di situ dengan katanya,”wahai semua
bangsa arab, malam ini akan aku adakan sebuah jamuan sebagai tanda menyambut
kelahiran anak buahku ini. Aku menjemput untuk semua hadir ke rumahku”.
Ternyata Abu Jahal
mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan majlis itu dihadiri oleh ramai orang.
Ada riwayat yang mengatakan Abu Jahal telah menyembelih 70 ekor unta untuk dihidangkan
kepada tetamu. Biasanya, 10 orang arab boleh menghabiskan seekor unta. Jadi
kalau didarab dengan 70 ekor unta, kira-kira hampir 700 orang tetamu yang hadir
ketika itu. Wallahua’lam.
Tapi, apabila Muhammad diangkat darjatnya itu menjadi
seorang nabi dan rasul untuk menyeru penduduk Makkah mentauhidkan Allah yang
Satu, Abu Jahal lah orang yang paling kuat menentang nabi. Walaubagaimana pun,
disebabkan saat kelahiran nabi Muhammad dulu dia pernah meraikan baginda dengan
pelbagai sambutan sebagai tanda gembira akan kelahiran anak buahnya itu, dia
dilepaskan azab api neraka pada tiap-tiap hari Isnin. Itu Abu Jahal yang tak
memeluk agama Islam.
Ni kita yang menganut
agama Islam sebagai agama yang suci, kita bergembira dengan kelahiran nabi
Muhammad S.A.W insya-Allah kita akan mendapat syafaat nya di akhirat kelak. Ayuh
perbanyakkan selwat kepada baginda dan menjadikan sunnah sebagai wadh teladan
yang terbaik selepas AlQuran dalam kehidupan kita.
0 comments:
Post a Comment