Pekerjaan..?? ARGH...




Argh...stres ! Nape susah sangat ni ha! Dah macam-macam aku cuba, tapi nape tak dapat! Argh...aku nak bunuh diri! Itulah antara dialog-dialog yang sering kedengaran di mulut-mulut setiap graduan dan graduwati yang telah tamat pengajiannya di universiti. Bukan hanya mereka yang menghadapi msalah ini akan tetapi masalah ini tetap dihadapi dan menjadi dilema oleh setiap manusia yang ada di muka bumi Allah ini. 

Kejayaan di peringkat universiti bukanlah menjadi kayu ukur seseorang itu mampu mendapat pekerjaan yang baik sesuai dengan bidang yang mereka inginkan. Kadang-kadang, ada yang mengambil bidang kejuruteraan akhirnya mereka ditawarkan untuk menjadi mekanik. Perkara ini mungkin agak melucukan kerana mekanik amat jauh sekali bidangnya dengan jurutera. Mekanik lebih tertumpu kepada kemahiran semata-mata dan sedikit teori yang mereka pelajari. Akan tetapi jurutera lebih banyak menekankan teori dan pengamalan kepada teori tersebut. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menjadi ustaz dan guru tahfiz Al-quran di sekolah sedangkan 'main education'nya ialah doktor. Inilah realiti dunia hari ini. 

Saya ada sebuah kisah yang mana kisah ini agak menarik untuk saya kongsikan dengan anda semua. Kisah ini menceritakan tentang dilema seorang anak dalam mencari pekerjaan setelah tamat pengajiannya. Si fulan merupakan pelajar jurusan agama dan merupakan pelajar yang cemerlang di sekolahnya satu ketika dahulu. Seteleh selesai pengajian dengan keputusan yang baik dalam peperiksaan, dia membawa pulang sijilnya itu ke Malaysia utk meneruskan kehidupannya dalam alam pekerjaan. Sayang beribu kali sayang, 2 tahun telah berlalu dia masih belum mendapat pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang dipelajarinya. Oleh itu, sebagai mengambil langkah yang terbaik, bapa si fulan menyuruh anaknya itu tukar bidang pengajian dengan alasan 'pelajar bidang agama sukar mendapat pekerjaan'.

Di sini, saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna kepada kita jika kita mengalami masalah yang sama seperti kisah yang telah sAya nyatakan tadi. Antaranya :

   1.  JANGAN BERPUTUS ASA.
Putus asa bukanlah sifat yang baik yang patut diamalkan oleh umat Islam. Sifat ini dibenci oleh Allah S.W.T dan amat disukai oleh syaitan. Teruskan berusaha walaupun perkara itu amat sukar untuk dilakukan. SAYA YAKIN ANDA MAMPU LAKUKAN !
    2.  SANGKA BAIK DENGAN ALLAH (HUSNU DZON)

Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNYA. Yakinlah dengan Allah. Setiap perkara telah Allah tetapkan dan kita diberi pilihan oleh Allah untuk memilih mana yang baik dan buruk. Itulah kuasa DOA. Al-qaul A'rabi ada mengatakan bahawa, " Doa senjata orang yang beriman".
Oleh itu, janganlah kita bersangka buruk dengan Allah akan tetapi berfikir positif lah bahawa Allah telah menetapkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan. Kadang-kadang perkara yang kita sukai sebenarnya tidak baik untuk kita dan kadang-kadang perkara yang tidak kita sukai sebenarnya baik untuk kita.

   3.  BANYAKKAN BERSEDEKAH

Menggembirakan orang lain merupakan salah satu perkara yang amat dituntut oleh Islam. Ganjaran bagi orang yang bersedekah tidak terhingga banyaknya. Itu janji Allah. Senyumlah, bersedekahlah kepada fakir miskin, bersolat sunat dhuhalah kerana perkara ini merupakan antara amalan-amalan yang Nabi Muhammad telah sebutkan dalam hadis Baginda yang mahsyur.

   4.  SABAR

Sabar itu indah. Itulah antara kata-kata yang menarik untuk kita jadikan pedoman sebagaimana dalam majalah Solusi. Akan tetapi, kita perlulah berikhtiar di sebalik kesabaran yang ada dalam diri kita. Kalau asyik bersabar dan pasif tanpa memikirkan usaha-usaha yang baik untuk memajukan diri sendiri, saya yakin dan pasti natijahnya pasti akan tetap sama tanpa ada sebarang perubahan. Oleh itu, berikhtiarlah dan berfikirlah sewajarnya untuk meningkatkan nilai diri kita.

  5.  BEKERJA SENDIRI

Bekerja sendiri adalah lebih mudah kerana kita tidak terikat dengan sebarang waktu. Cuma, bekerja sendiri memerlukan komitmen yang sepenuhnya dalam memajukan perusahaan kita. Sertailah kursus-kursus yang dianjurkan oleh ikon-ikon atau model usahawan yang terdapat di negara ini seperti Dr. Azizan Osman (DAO) dan sebagainya.

Itu merupakan antara tips-tips yang boleh saya kongsikan kepada anda semua. Mudah-mudahan ianya berguna untuk mereka yang memerlukan. Ayuh tingkatkan nilai hidup diri kita. SAYA INSAN LUAR BIASA...




0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author