Kerana ABC



Siapa tak kenal dengan air batu campur atau nama signifikannya ABC. Harganya sungguh berpatutan. Ada yang jual RM3.50, ada juga yang jual dengan harga RM4.00.

Semua orang pasti terliur apatah lagi ketika musim panas melanda bumi Malaysia ini. Diletakkan pula di atasnya dengan ais krim coklat dan anggur segar. Hampir setiap hari orang ramai pasti akan berpusu-pusu mencari ABC bagi mengenyangkan halwa perut masing-masing.

Akan tetapi, ramai yang lalai dan leka disebabkan penangan ABC ini. Haha .. Apabila datang satu seruan yang memanggil ALLAH MAHA BESAR, orang ramai seakan-akan dirasuk dengan kelazatan makanan ini. Tidak percaya?

Itulah realiti bumi Malaysia hari ini. Sesusah mana pun kerja, selazat mana pun makanan, seseronok mana pun permainan, syariat Allah tetap diutamakan. Allah dan Rasul didahulukan...Syariat diutamakan.

Kita dahulunya tiada, diadakan oleh Yang Maha Pencipta. Zalimlah kiranya kita tidak mematuhi apa yang telah disyariatkan olehNYA.

Selamat beramal...saya sentiasa mendoakan sidang pembaca semua agar sentiasa dilimpahi rahmat dan keampunan dari Allah. Amin ... 

0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author