Impian Terlaksana !


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..dengan izinNya An Najiheen Enterprise secara rasminya telah berdaftar sebagai salah sebuah syarikat yang sah di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 28 Disember 2012 merupakan tarikh keramat bagi kami kerana pada tarikh ini Allah S.W.T telah menggerakkan hati kami untuk mendaftarkan syarikat kami di sana.

Kami menyediakan perkhidmatan seperti kursus motivasi, membekalkan penceramah, menyediakan kursus dan bengkel, mengadakan latihan pengurusan dan kepimpinan serta mengeluarkan produk-produk.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor kami Cikgu Mohamad Bin Aspari serta Saudara Mohd Asri Bin Hj Zainal kerana telah banyak memberi semangat dan dorongan kepada kami untuk menubuhkan syarikat ini. 

Mudah-mudahan penubuhan An Najiheen Enterprise (ANJE) ini, mampu menarik minat anak-anak muda khususnya dan amnya seluruh rakyat Malaysia supaya mampu menghargai hidup ini dan mampu mencipta nilai dalam hidup mereka.

Kami akan sentiasa mendoakan kalian agar sentiasa di bawah limpah rahmatNya dan mudah-mudahan HIDUP ANDA SENTIASA BAHAGIA DAN BERJAYA.

0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author