Semarakkan Cinta Rasulullah (Part 1)


Rabiul Awal merupakan bulan keramat bagi seluruh umat Islam seluruh dunia. Inilah bulan lahirnya kekasih agung, kekasih yang mulia, suami yang romantik, panglima perang yang gagah dan berani, dan peniaga yang berjaya. Itulah dia nabi kita Muhammad S.A.W.

Sebelum kita cerita tentang nabi kita ni, jom kita flashback kisah hebat Abdullah,bapa Rasulullah dengan 100 ekor unta. Abdul Mutholib, atok nabi pernah berazam satu ketika dahulu sebelum beliau memeluk Islam. Apa azamnya? Dia berazam kalau aku dapat 10 orang anak, aku nak sembelih salah seorang daripada anak-anak aku sebagai tanda sembahan aku terhadap berhala. Macam tu lah lebih kurang katanya. Jadi, setelah anaknya dewasa Abdul Mutholib menceritakan hasrat hatinya itu kepada semua anak-anaknya.

Anak-anaknya pun bersetuju  dan bersedia untuk disembelih. Undian dibuat dan Abdullah terpilih sebagai calon untuk disembelih. Abdullah dibawa oleh ayahnya untuk bertemu tukang tilik seterusnya meneruskan azam Abdul Mutholib. Tapi, tukang tilik itu tidak membenarkan Abdullah disembelih sebaliknya dia menasihatkan supaya Abdullah ditukar dengan unta. Macam mana? Haaa....macam ni...

Undian akan dibuat dan kalau nama Abdullah dicabut hendaklah ditambah 10 ekor unta dan sekiranya unta dicabut, maka unta-unta itu hendaklah disembelih. Setelah 10x nama Abdullah dicabut dan bilangan unta telah menjadi 100 ekor, maka undian yang ke-11 ialah unta. Terselamatlah Abdullah daripada disembelih dan diganti dengan 100 ekor unta. Itulah nilai bapa nabi kita.

Bapa nabi kita dah begiturupa, nabi Muhammad apatah lagi. Jom tengok kisah-kisah di bawah :

1) Saat Aminah mengandungkan nabi, Aminah tak pernah merasai sedikit pun kesusahan. Biasanya, apabila kandungan sudah mencapai 3 bulan golongan ibu masih terasa mual dan sebagainya. Akan tetapi itu bergantung kepada sesetengah orang sahaja. Sepanjang mengandungkan nabi, Aminah tidak pernah merasa demikian sebagaimana dirasai oleh ibu-ibu lain. Itulah kehebatan dan kesempurnaan nabi kita sejak lahir lagi.

2) Ketika ditiupkan roh ke dalam jasad nabi Adam, nabi Adam bersin beberapa kali dan membantutkan roh untuk terus masuk ke dalam tubuhnya. Setelah mengucapkan kalimah syahadah, roh nabi Adam terus masuk ke tubuh dengan mudah. Ada riwayat mengatakan nabi Adam mengucap Alhamdulillah. Begitulah hebatnya nabi Muhammad, nama baginda telah disebut-sebut di syurga Allah sebelum kelahirannya ke bumi ini lagi.

3)  Satu ketika ketika Aminah selamat melahirkan bayi dalam kandungannya, Abu Lahab ...


Kisah seterusnya akan bersambung ..... to be continued ........


0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author