Bahana Aspirin Penyebab Buta

ASPIRIN atau ubat tahan sakit selalu digunakan bagi melegakan sakit kepala, sakit otot, sakit gigi dan senggugut. Bagi pengidap sakit jantung dan strok ubat ini amat terkenal.

Walaubagaimanapun, kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa pengambilan aspirin melebihi 10 tahun akan meyebabkan kebutaan.

"Pengambilan ASPIRIN dalam tempoh lebih 10 tahun berupaya meningkatkan risiko buta. Apatah lagi jika penggunanya sudah berusia. Keadaan ini disebut sebagai degenerasi makular".

Akan tetapi, ketua penyelidik Universiti Perubatan dan Kesihatan Awam Amerika Syarikat, Dr.Barbara Klein berkata, "Walaupun kajian ini menunjukkan kesan ASPIRIN, ia tidak bermakna pengambilannya perlu dihentikan".

Kajian ini dilakukan selama 15 tahun dan ia juga telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melibatkan 5000 responden terdiri daripada lelaki & perempuan.


0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author