Pusat Pendidikan Al-Irshad

Assalamualaikum ..


Apa khabar semua ? Bertemu lagi kita di blog ini. Mudah-mudahan anda semua di bawah limpah rahmatNya dan dimurahkan rezeki oleh yang Maha Pemberi Rezeki.

Pada coretan kali ini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang program yang telah kami kelolakan beberapa minggu yang lepas. Alhamdulillah program itu diadakan di Pusat Pendidikan Al-Irshad Labu, Negeri Sembilan. Penyertaan para peserta amat menggalakkan dan dianggarkan kesemuanya hampir 70 orang kurang lebih. Bermula daripada umur 7 tahun sehinggalah berumur 17 tahun.

Oh, terlupa pula saya ! Nama program ini PONDOK MODEN GEN 7. Sesampai sahaja kami di sana, kami dikejutkan dengan kejutan budaya yang amat hebat. Haha ,, ‘just joking’. Tak pernah kami kelolakan program yang hebat seperti itu. Program yang biasa kami anjurkan paling lama pun 1 minggu.

Akan tetapi program ini diadakan selama 3 minggu bersamaan 22 hari. Bermula jam 5.00 pagi hingga 10.30 malam. Pada mulanya kami agak terkejut dengan keadaan itu ditambah lagi dengan penyediaan modul yang kurang sesuai dengan tahap pemikiran para peserta di situ. Kami dengan kekuatan fasilitator seramai 10 orang kesemuanya dibantu dengan urusetia yang setia bersama kami, alhamdulillah BERJAYA juga akhirnya kami menggubal modul tersebut.

Pengurus Pusat Pendidikan Al-Irshad, Tuan Haji Shaifudin Bin Haji Maulup telah memberikan kepercayaan penuh kepada kami untuk mengelolakan program tersebut dan beliau berharap agar program Pondok Moden ini mampu mendisiplinkan para peserta baik dari aspek sahsiahnya, ibadahnya, jasmaninya mahupun rohaninya.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Itulah antara pepatah-pepatah Melayu yang kami pegang dalam mendidik anak-anak ini. Walaupun pada asalnya mereka menunjukkan sikap tidak minat terhadap program akan tetapi lama-kelamaan perasaan mereka itu berubah dan komitmen yang mereka telah berikan sepanjang program itu berlangsung amat memuaskan.

Seminggu terakhir program Alhamdulillah para peserta menunjukkan perubahan yang amat ketara. Alhamdulillah…

Beginilah antara wajah-wajah ceria para peserta ...













Semoga kita bertemu lagi di program yang akan datang. Salam sayang dari kami untuk adik-adik program Pondok Moden Gen 7.

0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author