UPSR 2012






Begitulah antara riak muka pelajar-pelajar UPSR tahun 2012. Ada suka dan ada juga yang duka. Bagi pelajar yang telah mendapat keputusan ‘straight A’ saya ucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pencapaian anda. Moga-moga kecemerlangan adik-adik dalam UPSR ini tidak berhenti setakat ini sahaja bahkan menjadi penyuntik semangat kepada adik-adik untuk terus melakar kejayaan yang lebih banyak lagi dalam alam sekolah menengah nanti samada dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum.


Bagi pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik tahun ini, yakin dan percayalah kejayaan yang sebenar sedang menunggu anda di sana. Cepat dan lambat itu ketentuan Allah S.W.T. Yang penting adik-adik tidak berputus asa dalam menuntut ilmu dan mempertingkat lagi usaha adik-adik untuk mencapai yang terbaik dalam hidup adik-adik.


Ada seorang pelajar tanya saya, “Ustaz,saya dah berusaha dah ,saya tak pernah ponteng kelas,saya tak pernah ‘miss’ kelas tambahan, saya hormat guru-guru, saya tak pernah tinggikan suara saya depan ibu bapa saya, solat tahajud tak pernah tinggal tapi kenapa Allah tak berikan saya kecemerlangan dalam peperiksaan saya?”.

 Terima kasih kepada adik yang bertanya. ALLAH S.W.T TIDAK PERNAH DAN TIDAK AKAN MENZALIMI HAMBA-HAMBNYA YANG TAAT DAN PATUH PADA AJARAN ISLAM. Cuma kita kena berhati-hati sedikit dengan kalam-kalam kita yang mana soalan yang telah adik kita tanyakan tadi menampakkan keraguan kita kepada Allah S.W.T. Tak mengapa, malu bertanya sesat jalan betul tak adik?


Jawapan untuk soalan adik ialah
kejayaan adik bukan di sini. Selepas ini adik akan menempuh alam sekolah menengah yang ternyata lebih mencabar dan menguji iman kita semua. Kalau salah pilih, ‘goodbye’ la jawab nya. Adik bakal menghadapi PBS,SPM,STAM atau STPM. Belajar tidak akan habis dik. Adik tak berjaya ‘time’ UPSR ni mungkin adik berjaya time PBS nanti, tak pun di SPM. Yang penting husnudzon (sangka baik) dengan Allah S.W.T.

Semoga Allah memberkati hidup kita dan mengampunkan segala dosa-dosa kita. InsyaAllah. Amin.

0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author