Cara Mengatasi Tekanan


(Sebarang komen boleh dibuat di shoutbox kami)

Saban hari kehidupan manusia semakin kompleks dan sukar diramal. Saingan hidup yang berlaku kini sudah pasti menguji sejauh mana ketabahan seseorang untuk terus hidup. Semua ini dilakukan hanya kerana satu hal iaitu harta dunia. Manusia akan berbuat apa sahaja untuk menjadi dan mendapat yang terbaik sehingga yang miskin ditindas dan langsung tidak diambil peduli. Perkara begini banyak berlaku di negara-negara membangun dan mengamalkan sistem ekonomi selain Islam.

Oleh sebab itu, masalah tekanan dan stress mula menghantui setiap individu. Setiap orang pasti akan berhadapan dengan pembunuh mental ini (stress) dan tiada siapa yang mampu mengelaknya melainkan orang itu sentiasa bersikap ‘positive thinking’ akan apa yang telah berlaku tapi jarang sekali yang berbuat demikian. Kenapa? Sebab kita ini hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan. Muhasabah diri menjadi 
penawar kepada individu yang menyedari bahawa tiap-tiap harinya pasti pernah melakukan kesilapan walaupun hanya membuang secebis kertas gula-gula getah di jalan raya.

Persoalannya…bagaimanakah kita hendak mengawal tekanan atau stress yang kita hadapi? InsyaAllah saya akan berkongsi sedikit tips dan nasihat untuk panduan kita bersama insyaAllah.

1)      Kalau anda stress di tempat kerja kerana tugasan yang diberikan bos terlalu banyak, take a few time to a break. Buat sedikit senaman ringkas yang boleh menghilangkan kusut di minda dan seterusnya buat secawan nescafe yang membuatkan anda lebih tenang.

2)  “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Masalah antara suami dan isteri pasti akan berlaku bagi seseorang yang telah mendirikan rumah tangga. Masalah-masalah ini akan mengundang tekanan bagi mereka yang tidak dapat menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Berbincanglah dengan pasangan anda. Saling bertolak-ansur lebih baik daripada kita mementingkan kocek sendiri sahaja. InsyaAllah anda akan menemui penyelesaiannya. Ingatlah satu hal, pasangan anda amat menyayangi anda. So, buat yang terbaik untuk membalas kasihnya itu.



3)    Haiwan peliharaan ternyata menjadi pengubat mujarab kepada masalah tekanan. Ramai  rakyat Malaysia memiliki haiwan peliharaan di rumah dan yang paling terkenal ialah kucing. Ada  rakyat Malaysia yang mempunyai 20 ekor kucing di dalam rumahnya dan disediakan pula rumah khas untuk mereka. Ternyata kenyataan ini amat dipersetujui oleh pakar-pakar psikologi. InsyaAllah stress dapat diatasi. So, jom kita bela haiwan. Bukan sahaja dapat menghilangkan stress, malah ia menambahkan pahala amalan seseorang. Si kucing itu pasti mendoakan keampunan untuk tuannya kepada Allah S.W.T.




4)   Berwudhu’ merupakan cara terbaik yang pernah di ajar Rasulullah kepada umatnya. Cara ini hanya boleh diamalkan oleh orang Islam keseluruhannya. “I’m proud to be a Muslim”.

5)   Ada sesetengah orang bila dia stress, ubat dia makan. Makan…makan…makan. Bagus tak ada masalah, itu merupakan cara yang paling mudah untuk menghilangkan tekanan. Makan lah tapi makanan apa yang diambil perlu dititikberatkan. Kalau kita memilih makanan yang berkolestrol tinggi takut-takut sakit lain pula yang datang. Seeloknya makanlah makan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sebagainya. InsyaAllah stress dapat diatasi.




6)   Bacalah Al-Quran kerana di dalamnya terkandung 1001 cara yang boleh merawat kesedihan, putus asa, tekanan, ilmu sihir dan sebagainya. Itulah hebatnya kalam Allah. Bukan hanya dijadikan sebagai panduan utama dalam agama Islam dalam menyelesaikan masalah umat, malah ia menjadi pengubat dan penawar segala penyakit. Ingatlah bahawa setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati. Jadi, usahalah ke arah itu.

Itu merupakan serba sedikit yang dapat saya kongsi kan. Sebenarnya banyak lagi kaedah-kedah atau tips bagi seseorang untuk mengatasi masalah ini. Selamat beramal semua.



0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author