Semarakkan Cinta Rasulullah (Part 2)



Assalamualaikum … pada episod lalu, kita dah dengar serba sikit kisah nabi junjungan yang mulia Muhammad S.A.W. InsyaAllah hari ini, sambungan pada kisah yang lalu.

3) Setelah Aminah melahirkan bayi di dalam kandungannya, Aminah terus membawa bayi tersebut berjumpa bapa mertuanya, Abdul Mutholib untuk diletakkan nama pada bayi tersebut. Beliau pun menamakan bayi tersebut Muhammad bin Abdullah yang bermaksud terpuji. Pada waktu tu, tak ada satu bangsa arab pun yang meletakkan nama Muhammad. Masha Allah. Sedangkan nama nabi Muhammad sudah hebat dan luar biasa, apatah lagi watak keperibadiannya. Jom kita tengok lagi kisah selanjutnya.

(Sebarang komen sila komen di shoutbox kami)

Abu Jahal yang mengetahui hal tersebut terus berjumpa Aminah dan mengambil Muhammad pergi ke Kaabah lalu mengelilingi Kaabah tersebut sambil membawa Muhammad. Disebabkan terlampau seronok akan kelahiran Muhammad, Abu Jahal membebaskan hamba sahayanya, Suwaibatul Aslamiah. Begitulah pengorbanan Abu Jahal kerana begitu gembira akan kelahiran Muhammad.

Tidak cukup dengan itu, dia pergi ke sebuah pasar di Makkah dan berteriak kepada orang ramai yang ada di situ dengan katanya,”wahai semua bangsa arab, malam ini akan aku adakan sebuah jamuan sebagai tanda menyambut kelahiran anak buahku ini. Aku menjemput untuk semua hadir ke rumahku”.

 Ternyata Abu Jahal mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan majlis itu dihadiri oleh ramai orang. Ada riwayat yang mengatakan Abu Jahal telah menyembelih 70 ekor unta untuk dihidangkan kepada tetamu. Biasanya, 10 orang arab boleh menghabiskan seekor unta. Jadi kalau didarab dengan 70 ekor unta, kira-kira hampir 700 orang tetamu yang hadir ketika itu. Wallahua’lam.

Tapi, apabila Muhammad diangkat darjatnya itu menjadi seorang nabi dan rasul untuk menyeru penduduk Makkah mentauhidkan Allah yang Satu, Abu Jahal lah orang yang paling kuat menentang nabi. Walaubagaimana pun, disebabkan saat kelahiran nabi Muhammad dulu dia pernah meraikan baginda dengan pelbagai sambutan sebagai tanda gembira akan kelahiran anak buahnya itu, dia dilepaskan azab api neraka pada tiap-tiap hari Isnin. Itu Abu Jahal yang tak memeluk agama Islam.

Ni kita yang menganut agama Islam sebagai agama yang suci, kita bergembira dengan kelahiran nabi Muhammad S.A.W insya-Allah kita akan mendapat syafaat nya di akhirat kelak. Ayuh perbanyakkan selwat kepada baginda dan menjadikan sunnah sebagai wadh teladan yang terbaik selepas AlQuran dalam kehidupan kita.

  

0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author