Oh Palestin, Kau Tetap di Hati Kami !

SEJARAH AWAL PALESTIN.
Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin.
Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada "negara Yahudi" di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Nerikutan perang itu, Jaluran Gaza diilhakkan oleh Mesir, manakala Tebing Barat diilhakkan oleh Jordan. Perjanjian Genjatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat.
Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Jaluran Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan tersebut.
Sejak kemasukan Israel ke tanah suci Palestin banyak pembunuhan berlaku, anak-anak dibom tak semena-mena, masjid-masjid dimusnahkan, bekalan makanan disekat, bantuan kemanusiaan dari negara luar dihalang, pemimpin-pemimpin Hamas dibunuh dan sebagainya. Setiap 10 minit akan ada bunyi bedilan roket oleh pesawat, kereta kebal dan kapal perang Yahudi laknatullah.






Tindakan ini menunjukkan betapa yahudi ini begitu penakut dan bacul kerana mereka masih tidak mampu menakhluki negara Palestin  yang hanya tinggal wilayahnya di Tebing Gaza sahaja. Begitulah Allah ingin menunjukkan betapa hebatnya pertolongan Allah walaupun dengan bilangan tentera yang sedikit berbanding kaum yahudi yang lebih ramai.
Peristiwa ini telah berlaku sejak zaman Rasulullah lagi yang mana telah berlaku sebuah peperangan antara orang Islam dan Musyrikin Makkah iaitu peperangan Badar. Perang Badar (Bahasa Arab: غزوة بدر‎), berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah (2 H) (17 Mac 624 M).
Tentera orang mukmin pada waktu itu hanya 313 orang sahaja manakala tentera musuh sebanyak 1000 orang. Kesudahannya peperangan itu memihak kepada tentera Islam kerana keteguhan iman dan keyakinan yang tinggi kepada Allah S.W.T.
Perkara ini tidak ada bezanya dengan apa yang berlaku di Tebing Gaza, Palestin hari ini. Walaupun telah ramai yang syahid, mereka tidak pernah berputus asa dan terus mempertahankan Islam hingga ke titisan darah yang terakhir. Telah berkata As Syahid Syeikh Ahmad Yasin, “syahidnya aku hari ini akan lahir pula 10 orang seperti aku kelak”. Begitulah kata-kata seorang pahlawan Islam yang rindukan syahid dan langsung tidak gentar akan musuh-musuh Islam.



Kita di sini tak mampu untuk mengangkat senjata bersama-sama rakyat Palestin menentang kezaliman yahudi laknatullah. Apa yang termampu kita lakukan hanyalah berdoa kepada Allah agar Allah S.W.T memberi kekuatan dan ketabahan kepada rakyat-rakyat Palestin dalam meneruskan usaha jihad fi sabilillha ini dan mendoakan moga-moga Allah memberi kehancuran kepada kaum Yahudi ini. 




Selain itu, ayuhlah sama-sama kita memboikot segala barangan yang ada hubungkaitnya dengan Israel seperti :



Sumbanglah sedikit daripada harta-harta yang kita miliki ini kepada rakyat-rakyat Palestin di sana mudah-mudahan dengan sumbangan kita yang tidak seberapa ini mampu meringankan beban mereka di samping menyuntik semangat mereka untuk terus berjihad menegakkan kalimah Allah di tanah suci Palestin.


KAMI SENTIASA BERSAMAMU PALESTIN...TAKBIR!


0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author