Azam Pemuda Hebat Salman Al-Farisi


Salman Al Farisi salah seorang sahabat Rasulullah yang sangat menyerlah sifat kepimpinan, keikhlasan, ibadat dan sifat zuhudnya.

Nama penuh beliau, Mabah bin Budzkhsyan bin Mousilan bin Bahbudzan bin Fairuz bin Sahrk Al-Isfahani. Nak mudah cerita Salman bukanlah seorang yang beragama Islam asalnya. Salman amat disayangi ayahnya sampai ayahnya menempatkan beliau di sebuah kuil agama Majusi sebagai 'fire protector'.

Tapi........

Akal, minda, jiwa, hati, 'emotion' tak tenang. Beliau pun membuat satu 'journey' mencari agama baru. Sehinggakan beliau pernah memeluk agama Nasrani selepas Majusi.

Lepas jauh mengembara beliau meneruskan pengembaraan beliau ke negeri Syam dan kemudian ke Yathrib dan seterusnya ke Madinah. Semata-mata untuk mencari kebenaran terhadap agama yang dianutinya. Akhirnya beliau menemui Islam.

Salman merupakan seorang hamba ketika memeluk agama Islam. Akan tetapi, Rasulullah menasihati para sahabat supaya memerdekakannya.

Semasa Islamnya, beliau amat terkenal dengan sifat rendah diri, kuat ibadat dan langsung tidak meghiraukan kemewahan dunia. Salman merupakan salah seorang sahabat nabi yang banyak meriwayatkan hadis daripada nabi kerana beliau banyak bergaul dengan baginda Rasulullah sendiri.

Ada satu kisah diriwayatkan tentang Salman dan Abu Darda ketika Salman tinggal serumah dengan Abu Darda. Abu Darda seorang ahli sufi yang sangat kuat ibadatnya kepada Allah. Haa.... Nak dimudahkan cerita, siang dia berpuasa dan malam dia solat malam. Menyedari kejadian itu, Salman melarangnya dari keterlaluan beribadah seperti itu lantas menegur Abu Darda dengan penuh hikmah. "Sesungguhnya kedua matamu ada hak ke atas dirimu, demikian pula keluargamu mempunyai hak ke atas dirimu, di samping engkau shaum, berbukalah dan di samping melakukan solat, tidurlah".

Apabila Rasulullah mengetahui kejadian itu, Rasulullah terus bersabda, "Sungguh, Salman telah dipenuhi dengan ilmu".

Sepanjang hayatnya, Salman sempat menjalani kehidupannya hingga zaman Saidina Uthman Bin Affan, khalifah Islam yang ketiga. Salman Al-Farisi merupakan seorang gabenor di Al-Madain berhampiran Kota Baghdad. Beliau juga merupakan seorang amir.

Pelik la ..!! Tak bukan apa, walaupun Salman Al-Farisi memegang jawatan yang sangat tinggi, tapi beliau tetap kerja keras membanting tulang mengusahakan kebun kurma beliau. Kalau sudah jadi gabenor, 'confirm-confirm' kehidupan terjamin. Tapi Salman langsung tidak tertarik dengan kemewahan dunia yang terbentang luas di depan matanya itu. Kita??? Tepuk dada, tanya hati.

Salman sanggup mengambil upah merajut dan menganyam daun-daun kurma untuk dijadikan tikar, bakul dan beg sebagai sumber pendapatan beliau.

Ha???? Bia' betoi??? Ni cita betoi ka???

Haa....kenapa? Tak percaya ka? Ye....ni kisah benar. Salman membelinya dengan harga 1 dirham dan dijualkan kembali dengan harga 3 dirham. 1 dirham untuk pusingan modal, 1 dirham untuk bersedekah dan 1 dirham lagi diberikan untuk keluarganya.

Insentif bagi seorang gabenor ialah 5000 dirham, tetapi kesemua wang tersebut telah diinfakkannya ke jalan Allah dan tak ada satu dirham pun diambil untuk keperluan dirinya. Demikianlah pengorbanan besar yang dilakukan oleh Salman Al-Farisi yang begitu zuhud serta berpegang teguh dengan agama Islam.

Sepanjang beliau hidup bersama Rasulullah, beliau tidak pernah menyertai sebarang peperangan melainkan peperangan Khandak. Bermula detik itu, beliau tidak akan melepaskan peluang yang ada untuk turut serta Rasulullah dalam peperangan-peperangan jihad menegakkan kalimah Islam.

Tentera Islam hanya 3000 orang sedangkan tentera musuh seramai 10000 orang. Dengan kebijaksanaan Salman, beliau pun mencadangkan kepada Nabi agar kaum Muslimin menggali parit di sekeliling Kota Madinah sebagai strategi utama menentang tentera Musyhrikin Mekah dan Yahudi laknatullah.

Dengan persetujuan Rasulullah maka kerja-kerja pembinaan parit tersebut telah berjaya dilakukan dan dapat disiapkan dalam tempoh 6 hari sahaja.

Berkat cadangan itu jugalah maka tentera Islam berjaya mempertahankan Kota Madinah. Alangkah hebatnya Salman Al-Farisi menggunakan kepakaran yang ada pada dirinya, untuk menewaskan musuh Islam dengan kejutan yang telah dilakukannya.




0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author