Just Do It!


Berita Tergempar!! Hampir 70% rakyat Malaysia keguguran rambut kerana selalu menggaru kepala. Haha. Kita begitu mengiginkan kejayaan sehingga rupa-rupanya kita sendiri tak faham, tak tahu, tak nak ambil tahu, yang tak tahu buat-buat tahu dan bermacam tahu lagi lah tentang maksud sebenar kejayaan itu. Kejayaan yang ingin kita kecapi itu mungkin dari prospek pekerjaan, pelajaran, hidup berumahtangga, hidup bermasyarakat,  dan sebagainya.

Akan tetapi apakah kejayaan itu sebenarnya??  Soalan yang mudah tapi jarang-jarang kita fikirkan. Menurut buku ‘Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah’ karya 2 orang motivator terkenal negara iaitu Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK) & Ahmad Fadzli Yusof, kejayaan ialah KESEIMBANGAN. Hidup yang seimbang ialah hidup yang bahagia dan berjaya.

Rich Fettke, seorang jurulatih peribadi di US mengatakan jika seseorang itu nak berjaya, dia perlu memiliki hidup yang seimbang. Keseimbangan hidup adalah asas bagi mencapai EXTREME SUCCESS.

Adakah kita sudah seimbangkan kerjaya, kewangan, keluarga, pelajaran, ibadah, pembinan diri, akhlak&pekerti, spiritual, rakan&masyarakat, kesihatan dalam hidup kita? Kalau belum jom kita kaji sama-sama.


‘Just Do It’ merupakan moto hebat bagi sebuah jenama alat sukan iaitu NIKE. Tahukah anda, dulu mereka hanya menjual barangan mereka hanya di ‘bonet’ kereta. Tapi sekarang, mereka dah tak perlukan lagi but kereta untuk menjual produk mereka. Mereka telah menjadi salah sebuah jenama sukan yang paling maju dan berjaya dalam menghasilkan produk-produk sukan yang bermutu tinggi kepada pengguna.

Ternyata cogan kata ‘Just Do It’ memberikan 1001 makna kepada mereka dalam usaha membina sebuah empayar hebat membekal alat-alat sukan kepada penduduk di dunia ini. Jangan bohong. Dekat rumah anda mesti ada kan? Paling tak pun mesti ada stoking berjenama NIKE. Itu pasti. Kalau tak ada lagi, dapatkan segera! Haha.

Biarlah orang nak kata apa dekat kita, asalkan kita terus mencuba, mencuba dan terus mencuba. Jom kita gunakan moto NIKE ‘Just Do It’ dalam melakukan sesuatu perkara yang mampu meningkatkan nilai tambah dalam hidup kita. Pedulikanlah apa orang nak cakap tentang diri kita. Kadang-kadang banyak mulut busuk yang selalu menjatuhkan semangat kita untuk terus berjaya. Haha. Tak mengapa. Itu sudah menjadi lumrah hidup manusia hidup bermasyarakat. Pasti akan ada orang yang tak suka tengok kita berjaya.

Yang penting kita terus MENCU….BA! Gagal selepas mencuba adalah lebih baik daripada langsung tak mahu mencuba. Syariat Allah dan Rasul tetap kita dahulukan dan ianya menjadi watak utama bagi manusia untuk mencapai kejayaan. Sultan Muhammad Al Fateh menjadi ikon utama umat Islam seluruh dunia dalam usaha beliau menawan kubu hebat Konstantinopel walaupun telah mencuba ratusan kali. Kegagalannya itu membuatkan beliau berjaya menakluk kota kostantin. SUCCESS IS NOT A DESTINATION BUT IT IS A JOURNEY.



-Just Do IT-

0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author