Travelog Seorang Guru




Para masyaikh ku dulu pernah berkata,”pekerjaan yang nampak mudah tapi sebaliknya Masha Allah..payah sungguh  ialah guru…jadi jangan jadi guru, ingat itu”(sambil tersenyum). Kenapa syeikh ?  

Sebabnya gurulah doktor , gurulah ibu, gurulah bapa, gurulah tukang cuci, gurulah segala-galanya. Aku mengiakan sahaja.

Tidak ku ambil kata2 itu kerana menjangkakan ia hanyalah guruan semata-mata. Setelah tamat pengajian aku diminta untuk berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah agama. Seronok betul waktu itu. Langsung tak terlintas akan ‘guruan’ masyaikh ku dulu.

Aku seronok kerana dapat berkhidmat untuk masyarakat, agama dan juga anak bangsaku. Ilmu juga dapat dikongsikan bersama anak-anak didik yang amat aku sayangi. 

Namun, aku terkenang kembali kata-kata para masyaikh satu ketika dahulu setelah 3 bulan berkhidmat sebagai guru. Betapa sukar dan payahnya memikul amanah sebagai seorang guru. 

Kini aku alami saat itu. Bukan mengeluh ataupun merungut, tapi aku terkenang akan semua guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan para masyaikh yang telah bersusah-payah menaburkan begitu banyak ilmu kepadaku supaya aku menjadi seseorang yang berguna kelak.

Ilmu dah ada, tinggal nak amal sahaja. Terpulang kepada diri kita sendiri. Ucapan terima kasih ku hulurkan kepada semua pendidik yang telah mencurahkan ilmu yang begitu banyak kepada ku. 

InsyaAllah akan ku semat dalam hati sanubari ini. Walaupun dikau akan melupakanku, tidak akan aku melupakanmu wahai guru. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author